Showing all 3 results

  • Kebangunan Rohani Ba’kelalan – Memahami Tujuan Allah untuk Hari Ini (Michelle Chan & Hwa Yung) WP073 (Wawasan Penabur)

    Penerangan Produk::

    Kisah bagaimana mesej Kristus membebaskan suku Lun Bawang di Sarawak daripada pupus pada tahun 1930-an pertama kali diceritakan dalam buku Drunk Before Dawn (1979) karya Shirley Lee. Tuhan telah terus melaksanakan maksud tujuan-Nya yang penuh kasih kurnia dan menakjubkan di kalangan mereka melalui pelbagai kebangunan rohani, yang memuncak pada kebangunan rohani 1984-1986, yang pertama kali dilaporkan dalam New Straits Times pada Disember 1985. Pada hari ini, suku Lun Bawang adalah salah satu komponen terkuat dalam gereja Borneo Evangelical Mission di Sarawak. Namun, untuk beberapa sebab yang tidak dapat dijelaskan, kisah penuh kebangunan-kebangunan rohani ini tidak pernah diceritakan dengan secukupnya walaupun banyak percubaan telah dibuat.

    Pada November 2023, gereja-gereja di Ba’kelalan telah merayakan ulang tahun ke-50 kebangunan rohani 1973. Kebangunan Rohani 1973 bermula dengan pencurahan Roh Kudus ke atas gereja-gereja di sana pada malam 10 November. Itu adalah malam kedua lawatan pasukan dari Bario, di mana kebangunan rohani telah tercetus beberapa minggu sebelumnya. Buku ini menceritakan kisah tentang apa yang berlaku pada tahun 1973-74 dan sekali lagi pada tahun 1984-86, di mana pada masa itu Tuhan menyatakan kuasa dan kemuliaan-Nya yang mengagumkan kepada umat-Nya. Dan ini telah meninggalkan kita dengan persoalan tentang apa yang mungkin Tuhan katakan melalui semua perkara yang menakjubkan ini kepada gereja di Malaysia. Kisah Ba’kelalan mengajak kita untuk memahami tujuan-Nya bersama-sama.

    RM12.00
  • Kebangunan Rohani Bario – The Bario Revival (Lilian Bulan-Dorai, Solomon Bulan) 9786299870708 (WMS)

    Penerangan Produk::

    Pada satu malam dalam bulan Oktober 1973 tanpa diuar-uarkan, turunlah Roh Allah ke atas seorang guru serta sekumpulan pelajar di sebuah sekolah desa di kawasan paling jauh dan terpenclldi Tanah Tinggl Bario, Sarawak. Manifestasi Roh Allah dalam kuasa kebangunan semula ltu telah mellputi seluruh warga Kelabit, suku kecil dan penduduk asli, yang beberapa dekad sebelumnya, telah secara beramai-ramai meninggalkan faham animisme untuk menjadi warga Kristian. Pada tahun-tahun berikutnya, menularlah Roh Allah ala gelombang yang tldak mampu ditahan lantas melanda atas suku-suku etnik lain dengan membawa perubahan hebat-hebat serta transformasi dalam kehidupan seluruh masyarakat. Pertumbuhan pesat Sidang fnjil Borneo {SIB) juga merupakan hasil langsung arus kebangunan semuia tersebut. 

    Antara laln, buku yang buat julung-julung kalînya mencatat klsah benar lnl mengandungi rakaman saksi sebenar yang mengalami sendiri rentetan peristiwa masa itu, kenangan ramai saksi serta analisis terhadap era berkenaan serta kesan kebangunan semula itu. Kinl terisilah ruang kosong dan ada jugalah kisah kebangunan semula kita sendiri dalam kepustakaan dan maklumat fasal kebangunan semula Kristian.
    RM45.00
  • Penyembahan Yang Hidup (David R Burfield) 9786299798804

    Penerangan Produk:
    Penyembahan Yang Hidup ditulis untuk orang Kristian yang mahu mengetahui dasar alkitabiah penyembahan, khasnya mereka yang terlibat dalam pimpinan kebaktian. Buku ini menyediakan panduan praktikal yang bermanfaat untuk pastor-pastor, pelayan-pelayan sepenuh masa, dan mereka yang memimpin penyembahan. Misi utama buku ini adalah untuk membantu pemimpin menghidupkan penyembahan di gereja-gereja tempatan.
    Penyembahan Yang Hidup bukan sahaja menyentuh tentang penyembahan yang alkitabiah, ia juga mengandungi pelbagai cadangan praktikal termasuk cara-cara memperkembangkan pujian dan doa berjemaah, memperbaiki cara pembacaan Alkitab, dan mengintegrasikan penyembahan dengan khutbah. Hal-hal praktikal seperti susunan tempat penyembahan dan penggunaan kemudahan moden juga dibincangkan.
    Penulis juga membincangkan pelbagai kekuatan dan kelemahan penyembahan masa kini supaya para pembaca diperlengkapi dengan ilmu yang holistik untuk memimpin penyembahan dengan lebih berkesan bagi kemuliaan Tuhan.

    RM34.00