Malay Books

Penyembahan Yang Hidup (David R Burfield) 9786299798804

RM34.00

Penerangan Produk:
Penyembahan Yang Hidup ditulis untuk orang Kristian yang mahu mengetahui dasar alkitabiah penyembahan, khasnya mereka yang terlibat dalam pimpinan kebaktian. Buku ini menyediakan panduan praktikal yang bermanfaat untuk pastor-pastor, pelayan-pelayan sepenuh masa, dan mereka yang memimpin penyembahan. Misi utama buku ini adalah untuk membantu pemimpin menghidupkan penyembahan di gereja-gereja tempatan.
Penyembahan Yang Hidup bukan sahaja menyentuh tentang penyembahan yang alkitabiah, ia juga mengandungi pelbagai cadangan praktikal termasuk cara-cara memperkembangkan pujian dan doa berjemaah, memperbaiki cara pembacaan Alkitab, dan mengintegrasikan penyembahan dengan khutbah. Hal-hal praktikal seperti susunan tempat penyembahan dan penggunaan kemudahan moden juga dibincangkan.
Penulis juga membincangkan pelbagai kekuatan dan kelemahan penyembahan masa kini supaya para pembaca diperlengkapi dengan ilmu yang holistik untuk memimpin penyembahan dengan lebih berkesan bagi kemuliaan Tuhan.

1 in stock

Description

Pengenalan Produk:
HAK CIPTA: David R Burfield
ISBN:9786299798804
PENERBIT: Four Forth Records Sdn. Bhd.
Muka Surat:197
Ukuran:25.3 cm x 17.8 cm
Berat:500g
Tentang Penullis:
David R Burfield
Dia seorang pakar sains yang pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaya selama 17 tahun. Kemudiannya, beliau mendapat Ijazah Kedoktoran Dalam Teologi dari Universiti Nottingham. Beliau juga pernah melayani sebagai pensyarah dalam bidang Teologi Praktikal di Seminari Teologi Sabah dan sebagai pensyarah jemputan di Maktab Teologi Sabah di Namaus. Kini, beliau bersara di England dan melayani sebagai anggota pasukan para pemimpin Forefront Community Church di Chard, Somerset.

Isi Kandungan:
1. Asas Penyembahan
2. Penyembahan yang Holistik
3. Pola-pola Penyembahan
4. Doa
5. Penyembahan dan Berkhutbah
6. Pujian
7. Penglibatan
8. Tempat Penyembahan
9. Persiapan
10. Penyampaian
11. Hal-hal Peribadi
12. Tinjauan

Kata-kata Akhir
Bab Bonus – Gambaran Keseluruhan Lagu-Lagu Rohani Gereja Malaysia
Bibliografi
Penghargaan

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Penyembahan Yang Hidup (David R Burfield) 9786299798804”