Showing all 2 results
-
SALERM20.00
Alkitab Edisi Ilustrasi (Penerbitan Kristian) 9788772479996
Penerangan Produk:
Semua yang tertulis di dalam Alkitab diihami oleh Allah dan berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. (2 Timotius 3: 16)
Alkitab Edisi Ilustrasi ini diterbitkan sebagai sumber bacaan untuk meneguhkan iman umat Kristian di Malaysia, bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk semua lapisan umur. Ia merangkumi cerita-cerita utama yang terdapat dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Dengan mengambil petikan langsung daripada Alkitab dan mengurangkan penceritaan semula kisah-kisah dalam Alkitab, Alkitab Edisi Ilustrasi ini pasti akan mempersiapkan generasi pelapis kita untuk lebih akrab dan bersedia menggunakan Alkitab apabila mereka meningkat dewasa.
Bahasanya mudah untuk dimengerti dan ceritanya mudah difahami oleh kanak-kanak, tidak kira mereka membaca sendiri atau dengan bantuan seorang dewasa. Setiap muka surat dalam buku ini dihiasi dengan ilustrasi gambar berwarna yang bukan sahaja akan memudahkan penbaca mengingati apa yang telah dibaca, tetapi juga akan menarik perhatian mereka untuk cerita-cerita lain yang terdapat di dalam Alkitab.
Semoga Firman Tuhan yang hidup dan benar dalam Alkitab Edisi Ilustrasi ini akan menguatkan iman dan menyegarkan hati anda dan anak-anak anda.
-
SALERM34.00
Penyembahan Yang Hidup (David R Burfield) 9786299798804
Penerangan Produk:
Penyembahan Yang Hidup ditulis untuk orang Kristian yang mahu mengetahui dasar alkitabiah penyembahan, khasnya mereka yang terlibat dalam pimpinan kebaktian. Buku ini menyediakan panduan praktikal yang bermanfaat untuk pastor-pastor, pelayan-pelayan sepenuh masa, dan mereka yang memimpin penyembahan. Misi utama buku ini adalah untuk membantu pemimpin menghidupkan penyembahan di gereja-gereja tempatan.
Penyembahan Yang Hidup bukan sahaja menyentuh tentang penyembahan yang alkitabiah, ia juga mengandungi pelbagai cadangan praktikal termasuk cara-cara memperkembangkan pujian dan doa berjemaah, memperbaiki cara pembacaan Alkitab, dan mengintegrasikan penyembahan dengan khutbah. Hal-hal praktikal seperti susunan tempat penyembahan dan penggunaan kemudahan moden juga dibincangkan.
Penulis juga membincangkan pelbagai kekuatan dan kelemahan penyembahan masa kini supaya para pembaca diperlengkapi dengan ilmu yang holistik untuk memimpin penyembahan dengan lebih berkesan bagi kemuliaan Tuhan.