Description
Pengenalan Produk:
Hak Cipta:Michelle Chan & Hwa Yung
ISBN:WP073
Penerbit:Wawasan Penabur
Tahun:Mac 2024
Muka Surat:148
Ukuran:21 cm x 14.7 cm
Berat:210 g
Tentang Penullis:
Michelle Chan
Dia seorang mantan wartawan dan misionaris yang menjadi pembuat filem dokumentari. Beliau memulakan kerjayanya sebagai sub-editor di Bahagian Korporat Bernama, Agensi Berita Nasional Malysia.
Dari situ, beliau melanjutkan ke akhbar harian kebangsaan The Star, melaporkan berita-berita dan kes-kes mahkamah sebelum menjadi seorang penulis cereka.
Beliau kemudian meyertai Operation Mobilization, sebuah agensi misi, untuk memulakan pusat berita dan maklumat antarabangsa bagi organisasi tersebut di Carlisle, United Kingdom,.
Selepas berkhidmat di Christian Broadcasting Network di Virginia Beach, Amerika Syarikat, beliau mula menulis dokumentari-dokumentari.
Di Malaysia, beliau adalah seorang penjaga sepenuh masa kepada ibu bapanya yang sudah lanjut usia sambil bekerja sebagai seorang penulis bebas.
Hwa Yung
Dia Uskup Emeritus Gereja Methodist di Malaysia. Beliau merupakan Pengetua Seminari Theoloji Malaysia selama bertahun-tahun dan pernah mengajar di Trinity Theological College, Singapura.
Di antara pelbagai penglibatannya di luar gerejanya sendiri, beliau pernah bertugas di Oxford Centre for Mission Studies Council (Majlis Pusat Pengajian Misi Oxford) dan International Lausanne Board (Lembaga Antarabangsa Lausanne.)
Walaupun sudah bersara, beliau tetap aktif dalam pelayanan berkhutbah dan menulis.
Reviews
There are no reviews yet.